Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT

DIMANA SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL SDN.BHD. (Selepas ini dirujuk sebagai “Syarikat” adalah sebuat syarikat perkhidmatan pelancongan dan DI MANA PIHAK PELANGGAN (Selepas ini dirujuk sebagai “Pelanggan”) samada pengembara perseorangan atau Free Independent Traveller (FIT) dan/atau pengembara berkumpulan yang ingin membuat langganan pakej umrah dan ziarah (Pelanggan) adalah dinasihatkan  supaya membaca dengan teliti TERMA DAN SYARAT: PAKEJ UMRAH & ZIARAH (Terma dan Syarat) ini sebelum menandatangani sebagai tanda bersetuju untuk melanggani pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh Salsabila Aflah Tours & Travel Sdn Bhd (201301016705/1046538-X)

Sebaik sahaja Pelanggan menandatangani persetujuan untuk melanggani pakej umrah membayar wang pendahuluan (deposit) dan/atau & ziarah yang ditawarkan syarikat, maka dengan itu Pelanggan telah terikat melalui kontrak dengan Syarikat dan dianggap telah membaca dan bersetuju dengan semua Terma dan Syarat ini.

1.0 MAKLUMAT PAKEJ DAN HARGA

1.1
Maklumat pakej dan harga yang ditunjukkan pada sebarang penerbitan adalah merujuk maklumat pakej dan harga semasa pada masa penerbitan.
1.2
Harga pakej yang ditawarkan adalah dalam nilaian mata wang Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran mata wang semasa bagi negara yang terlibat, maka harga pakej yang ditawarkan boleh berubah tertakluk kepada kenaikan tambang kapal terbang, surcharge bahan api, kos pengangkutan lain, kos hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi, Malaysia atau negara yang terlibat dan sebagainya.
1.3
Dengan merujuk fasal 1.2, pihak syarikat berhak mengubah mana-mana harga pakej yang dirasakan perlu berdasarkan kenaikan harga kos semasa setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan kepada pihak Pelanggan.
 
 
1.4
Harga, tarikh penerbangan, hotel dan jenis penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan, kekosongan, pengesahan dan sekiranya terdapat caj tambahan terkini sama ada dari syarikat penerbangan, pihak hotel Mekah dan Madinah, syarikat pengangkutan di Saudi, kerajaan Malaysia atau Kerajaan Arab Saudi, caj tambahan akan dikenakan kepada Pelanggan.

2.0 TERMA PEMBAYARAN

2.1
Wang pendahuluan (deposit) adalah sebanyak RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) atau 25% daripada tambang pelancongan bagi setiap Pelanggan mesti dibayar sebagai fi penempahan.
2.2
Bayaran penuh pakej hendaklah dijelaskan lima puluh (50) hari sebelum tarikh penerbangan.
2.3
Dalam situasi di mana tempahan dibuat kurang dari lipa puluh (50) hari dari tarikh berlepas, pelanggan adalah wajib untuk membuat pembayaran harga penuh untuk pakej sebagai pengesahan.
2.4
Pelanggan yang membuat bayaran menggunakan draf bank atau cek persendirian hendaklah memastikan pembayaran dibuat atas nama Salsabila Aflah Tours & Travel Sdn. Bhd. Syarikat berhak menahan penempahan pakej dan resit/ invois pengesahan bayaran sehingga penunaian bayaran selesai. Syarikat juga tidak akan bertanggungjawab sekiranya pakej yang ditempah Pelanggan habis dijual berikutan kelewatan penunaian bayaran Pelanggan yang dibuat melalui draf bank atau cek persendirian.
2.5
Pihak syarikat berhak menangguhkan atau membatalkan tempahan sekiranya pembayaran tidak berjaya diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pembatalan adalah tertakluk kepada Terma & Syarat Pembatalan yang berkuat kuasa.
2.6
Syarikat juga berhak untuk menolak pembayaran secara cek persendirian atau draf bank sekiranya pembayaran yang dibuat Pelanggan adalah hampir dengan tarikh penerbangan dan memerlukan bayaran segera.
2.7
Kegagalan Pelanggan untuk mematuhi peringkat pembayaran seperti yang dinyatakan di atas akan menyebabkan pembatalan dan perlucutan deposit.
2.8
Setiap pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain perlulah dibayar terus ke dalam akaun Syarikat:
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)
Nama Pemegang Akaun : SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL SDN BHD
No. Akaun : 5510 9851 2501
2.9
Salinan slip bayaran perlu diberikan kepada Syarikat dan seterusnya Syarikat akan mengeluarkan resit/invoice bayaran selepas pengesahan bayaran dengan pihak bank diperolehi.
2.10
Pelanggan perlu membuat pembayaran terus ke akaun Syarikat seperti yang dinyatakan dan tidak sesekali membuat mana-mana pembayaran sama ada wang pendahuluan (deposit) atau baki bayaran pakej atau bayaran tambahan lain-lain kepada Pegawai Pemasaran (Ejen) lantikan Syarikat atau mana-mana individu lain. Syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pelanggan membuat sebarang bayaran ke mana-mana akaun lain selain daripada akaun Syarikat seperti yang dinyatakan.
2.11
Pelanggan perlulah menyimpan resit/invoice pembayaran sebagai bukti sekiranya berlakunya sebarang persoalan berbangkit berkenaan bayaran yang telah dibuat.

3.0 DOKUMEN PERJALANAN

3.1
Pelanggan perlu menyediakan dokumen atau sebarang dokumen tambahan mengikut keperluan dan diserahkan kepada pihak Syarikat lima puluh  (50) hari sebelum tarikh penerbangan.
3.2
Passport Antarabangsa yang masih Sah Laku bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal beserta 6 muka surat kosong.
3.3
Dua keping gambar berukuran 4cm x 6cm berlatar belakang warna putih. Saiz wajah 80% dari gambar. Pakaian bukan warna cerah & tidak memakai cermin mata. Wanita wajib mengenakan tudung kepala gelap, manakala lelaki tidak dibenarkan memakai songkok atau menutup kepala.
3.4
Sebarang dokumen perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa yang hendak dilawat.
3.5
Caj perkhidmatan dan fi visa adalah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan. Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang diperlukan oleh Pelanggan ditolak, Syarikat akan mengembalikan tambang selepas fi pentadbiran sebanyak RM 500.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja) yang ditetapkan oleh Syarikat telah ditolak.
3.6
Syarikat tidak akan bertanggungjawab atau menanggung liabiliti bagi apa- apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana Pelanggan tidak dibenarkan ke luar negara oleh pihak berkuasa negara asal dan/atau dibenarkan masuk atau dihantar pulang oleh pihak berkuasa, imigresen negara yang dilawati kerana memiliki barangan yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau tidak mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap atau sebab-sebab lain atau kelakuan dan aktiviti Pelanggan yang dianggap boleh mendatangkan keburukan oleh pihak berkuasa negara asal atau negara yang dilawati itu.
3.7
Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat sepenuhnya dan menanggung rugi pihak Syarikat dan memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kegagalan atau kecuaian Pelanggan mematuhi tanggungjawab yang dinyatakan dalam fasal 3.0 ini, sebagaimana yang diputuskan secara muktamad.

4.0 HARGA PAKEJ TERMASUK

4.1
Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi dari Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA Terminal 1) dan/atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA Terminal 2).
4.2
Tiket penerbangan sambungan domestik (Interconnecting Flight) bagi laluan Senai (JHB) – Kuala Lumpur (KUL) – Senai (JHB) secara pergi dan balik, tertakluk kepada pakej yang ditawarkan, jadual penerbangan, kekosongan tempat duduk dan syarat-syarat syarikat penerbangan yang berkenaan.
4.3
Penginapan hotel seperti yang dinyatakan di dalam surat pengesahan ataurcara berdasarkan: 4/5 orang sebilik, 3 orang sebilik, 2 orang sebilik atau bilik berseorangan (bergantung pada pakej pilihan Pelanggan dan perbezaan harga berdasarkan jenis bilik yang dipilih oleh Pelanggan). Penginapan hotel adalah tertakluk kepada pindaan/perubahan.Sekiranya tiada keksosongan bilik, atau berlakunya isu teknikal pada hotel yang dijanjikan, hotel yang setaraf dengan harganya akan digantikan.
4.4
Urusan permohonan Visa Umrah / Visa Pelancong bagi warganegara Malaysia , Penduduk Tetap atau Bukan warga negara yang dibenarkan bagi menggunakan visa  samada Visa Umrah/Visa Pelancong (tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Arab Saudi).
4.5
Perlindungan Takaful/Insurans Berkelompok kepada setiap Pelanggan yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengendali takaful atau syarikat insurans yang dilantik. Perlindungan ini tertakluk kepada terma, syarat, had perlindungan, pengecualian dan manfaat yang ditetapkan dalam sijil atau polisi Takaful/Insurans Berkelompok.
4.6
Pengangkutan ziarah, makan dan minum, lokasi ziarah dan perkara lain serta bimbingan ibadah umrah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan dan pakej yang ditawarkan (tertakluk kepada pindaan dan/atau perubahan dari masa ke masa).
4.7
Wakil Syarikat (dari Malaysia) yang mengiringi dan Mutawwif/ Mutawwifah (di Madinah & Mekah) untuk membimbing jemaah bagi mengerjakan umrah dan lawatan.
4.8
Beg travel, beg sandang, beg kasut, buku & kursus panduan umrah.
4.9
5 liter air zam-zam (Bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi). Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mengganti sekiranya pihak berkuasa arab Saudi,syarikat penerbangan atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan tidak membenarkan Pelanggan membawa pulang air zam-zam atas sebarang sebab atau arahan semasa atau berlaku kehilangan atau kerosakan air zam-zam di atas apa-apa alasan sepanjang perjalanan dari Mekah dan/atau Madinah ke Malaysia atau sewaktu pengambilan di airport ketika sampai.
4.10
Harga, tarikh penerbangan, hotel, sektor dan jenis penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan, kekosongan, pengesahan dan sekiranya terdapat caj terkini dari kerajaan Arab Saudi, kerajaan Malaysia atau negara yang dilawati, bayaran tambahan akan dikenakan keatas Pelanggan.

5.0 HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

5.1
Tiket penerbangan domestik atau pengangkutan darat dari negeri tempat tinggal Pelanggan ke KLIA Terminal 1/KLIA Terminal 2.
5.2
Semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai terpakai.
5.3
Perkhidmatan di lapangan terbang dan di hotel samada porter atau perkhidmatan lain selain apa yang dinyatakan dalam pakej.
5.4
Bayaran lebihan timbangan bagasi (pergi dan balik).
5.5
Proses mengendors dokumen permohonan di jabatan pendaftaran dokumen (JPN/Jabatan Agama/ dan mana mana jabatan dan/atau pihak berkuasa yang berkenaan) dan Kementerian Luar Wisma Putra.
5.6
Tambahan caj visa bagi jemaah bukan warganegara Malaysia ataupun caj tambahan naik taraf dari visa pelancong seperti dalam pakej ke visa umrah.
5.7
Dobi, Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim, lawatan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan yang ditawarkan oleh Syarikat dan/atau berbentuk pilihan, perbelanjaan peribadi, kad sim telefon, dan semua perkara dan/atau perbelanjaan persendirian.
5.8
Penggantian bagasi/ barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi atau rosak disepanjang perjalanan dan sewaktu berada di Mekah dan Madinah (Jemaah perlu menjaga beg dan barangan peribadi masing-masing semasa di dalam perjalanan dan di Mekah dan Madinah.
5.9
Makan minum semasa transit melainkan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
5.10
Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan/atau surcaj bahan api.
5.11
Kos hospital, kos rawatan, perbelanjaan ubat-ubatan di Arab Saudi atau negara-negara yang dilawati yang tidak dilindungi seperti yang telah ditetapkan pada fasal 4.5.
5.12
Lebihan Kos hospital, kos rawatan, perbelanjaan ubat-ubatan di Arab Saudi atau negara-negara yang dilawati yang tidak dilindungi seperti yang telah ditetapkan pada fasal 4.5.
5.13
Insuran tambahan/medical card melainkan insuran yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan pada fasal 4.5.
5.14
Sebarang caj penghantaran atau pengeposan kepada Pelanggan semasa berada di Mekah dan Madinah.
5.15
Tambahan caj mengendors dukumentasi bagi jemaah bukan warganegara Malaysia (Sekiranya perlu).
5.16
Caj membuat passport,gambar dan apa-apa juga suntikan lain yang berkaitan.
5.17
Sebarang penukaran, perubahan dan tambahan yang dibuat oleh Pelanggan tanpa mendapat persetujuan dan kebenaran dari pihak Syarikat.
5.18
Bayaran visa penuh,sekiranya bayaran visa terdahulu telah dibuat.
5.19
Apa-apa yang tidak dinyatakan seperti diatas dan tidak dinyatakan didalam pakej yang ditawarkan.Kos-kos di atas adalah ditanggung oleh pihak Pelanggan sendiri dan pihak Pelanggan tidak boleh menuntut kos-kos tersebut daripada pihak Syarikat.

6.0 ATUR CARA PERJALANAN

6.1
Atur cara perjalanan yang disediakan adalah sebagai rujukan sahaja. Atur cara perjalanan yang sebenar mungkin tidak sama dengan urutan seperti yang dilampirkan dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan semasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada jadual penerbangan, keadaan cuaca, kesesakan di tempat ibadah, arahan pihak berkuasa Arab Saudi, operasi hotel, serta faktor keselamatan dan logistik atau lain-lain sebab yang membuatkan jadual perjalanan mengalami perubahan. Syarikat akan memaklumkan kepada Pelanggan sekiranya ada apa-apa perubahan berlaku di dalam atur cara perjalanan.
6.2
Pihak syarikat berhak untuk mengubah, menambah, mengurangkan, menyusun semula, menangguhkan atau membatalkan mana-mana aktiviti atau lawatan yang dinyatakan dalam atur cara tanpa notis awal sekiranya keadaan memerlukan. Sebarang perubahan yang dibuat adalah demi menjaga kelancaran perjalanan, keselamatan dan kebajikan para jemaah.
6.3
Pihak Syarikat tidak memberi jaminan bahawa semua atur cara yang disediakan adalah tidak berisiko dan sesuai untuk semua peringkat umur atau individu yang mempunyai rekod kesihatan yang kurang baik. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengamalkan sikap berhati-hati sepanjang mengikuti pakej yang dipilih
6.4
Sebarang perubahan tersebut tidak dianggap sebagai kegagalan pihak syarikat dalam memberikan perkhidmatan seperti yang dipersetujui dan tidak melayakkan pelanggan menuntut sebarang pampasan, pengurangan harga pakej atau pemulangan wang atau menyebabkan Pelanggan tidak boleh menikmati semua aturcara  berikutan masalah seperti yang dinyakan di atas.

7.0 BAYARAN BALIK UNTUK PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIGUNAKAN

Sebarang perkhidmatan yang termasuk dalam pakej yang tidak digunakan oleh pelanggan, sama ada secara sukarela atau disebabkan oleh kelewatan, ketidakhadiran, masalah kesihatan, kegagalan mematuhi arahan, tindakan pihak berkuasa, atau apa-apa sebab lain yang berpunca daripada Pelanggan, tidak akan diganti, pengurangan harga, dipindahkan, ditukar kepada perkhidmatan lain, atau dikembalikan dalam bentuk wang tunai, kredit, atau apa-apa bentuk pampasan.Pelanggan juga tidak berhak menuntut sebarang bayaran balik bagi mana-mana bahagian pakej yang tidak digunakan selepas perjalanan bermula, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya secara bertulis oleh syarikat

8.0 INSURANS PERJALANAN

8.1
Perlindungan Takaful/Insurans Berkelompok kepada setiap Pelanggan yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengendali takaful atau syarikat insurans yang dilantik adalah termasuk di dalam pakej yang ditawarkan oleh Syarikat.
8.2
Perlindungan adalah tertakluk kepada terma dan syarat, had manfaat, pengecualian serta kelulusan tuntutan yang ditetapkan oleh pengendali takaful. Pihak Syarikat bertindak sebagai penyelaras pendaftaran perlindungan dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan berkaitan tuntutan yang dibuat oleh pengendali takaful.
8.3
Pihak Syarikat sangat menggalakkan Pelanggan untuk mengambil insurans perjalanan tambahan bagi mendapatkan perlindungan seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992. Pelanggan boleh merujuk kepada Syarikat berkenaan jenis polisi insurans tambahan yang boleh ditawarkan.
8.4
Bagi Pelanggan yang tidak dilindungi Insurans Takaful berkelompok (umrah) iaitu bagi jemaah berumur bawah lapan belas (18) tahun dan atas lapan puluh lima (80) tahun, Pelanggan adalah di wajibkan untuk mengambil insurans perjalanan pilihan yang ditawarkan oleh pihak Syarikat dengan tambahan bayaran yang ditanggung oleh Pelanggan.
8.5
Sekiranya Pelanggan memilih untuk tidak mengambil insurans perjalanan pilihan, Pelanggan perlu melampirkan notis bertulis dengan nyatakan sebab-sebab yang jelas tidak mengambil insurans perjalanan pilihan yang ditawarkan Syarikat bagi mengelakkan sebarang pertikaian.
8.6
Melainkan kecederaan tersebut adalah disebabkan sepenuhnya oleh pihak Syarikat, Pelanggan dengan ini mengaku janji untuk melepaskan Syarikat secara sepenuhnya dan menanggung rugi Syarikat dan memastikan Syarikat ditanggung sepenuhnya pada setiap masa terhadap semua tuntutan, prosiding, kos atau ganti rugi yang berbangkit akibat kecederaan dan/atau kehilangan upaya yang dialami oleh Pelanggan yang melebihi dan/atau yang tidak termasuk dalam kadar perlindungan insurans.

9.0 BAGASI

9.1
Syarikat penerbangan akan membuat peruntukan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya adalah tertakluk dan berbeza antara satu syarikat penerbangan dengan yang lain dan/atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Syarikat akan memaklumkan kepada Pelanggan tentang syarat berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab Pelanggan untuk membayar cas bagasi sekiranya berlaku lebihan timbangan bagasi oleh Pelanggan. Syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa dalam tempoh perjalanan termasuk dimana- mana lokasi yang dilawati
9.2
Sebarang kehilangan, kerosakan, kelewatan atau salah pengendalian bagasi yang berpunca daripada syarikat penerbangan adalah di bawah tanggungjawab syarikat penerbangan berkenaan. Pihak syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan, kerugian atau pampasan yang berkaitan dan Pelanggan hendaklah membuat laporan serta tuntutan terus kepada syarikat penerbangan mengikut prosedur yang ditetapkan. Pelanggan disyorkan membeli pelindungan insuran yang mencukupi.

10.0 TANGGUNGJAWAB PELANGGAN

10.1
Tiket penerbangan domestik atau pengangkutan darat dari negeri tempat tinggal Pelanggan ke KLIA Terminal 1/KLIA Terminal 2Pelanggan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyemak dan memastikan tiada sebarang sekatan atau halangan daripada pihak berkuasa yang menghalang perjalanan ke luar negara sebelum tarikh berlepas. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sekatan perjalanan oleh pihak imigresen, mahkamah, agensi penguatkuasaan, atau mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan. Pihak Pelanggan dikehendaki memaklumkan dalam kadar segera kepada pihak Syarikat sekiranya tersenarai dalam mana-mana sekatan atau halangan. Pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap diatas sebarang kerugian, pembatalan, atau kos tambahan yang timbul akibat kegagalan pelanggan menyemak atau menyelesaikan status sekatan perjalanan tersebut sebelum berlepas.
10.2

Pelanggan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengisytiharkan tahap kesihatan Pelanggan dengan tepat dan terperinci kepada pihak Syarikat sebelum melakukan tempahan pakej. Pelanggan wajib memastikan tahap kesihatan diri adalah sesuai dan layak untuk melakukan perjalanan ke luar negara serta memenuhi sebarang syarat kesihatan yang ditetapkan oleh negara destinasi dan pihak berkuasa berkaitan. Pelanggan juga hendaklah mendapatkan nasihat serta pengesahan daripada pengamal perubatan sekiranya mempunyai penyakit sedia ada, sedang hamil, atau mempunyai sebarang keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan perjalanan dan keselamatan.

Pihak syarikat berhak menolak tempahan Pelanggan sekiranya didapati membahayakan kesihatan dan keselamatan diri Pelanggan atau anggota lain dalam kumpulan. Sebarang kegagalan untuk melakukan perjalanan atau memasuki negara destinasi akibat faktor kesihatan, ketidakpatuhan terhadap syarat kesihatan, atau kegagalan mendapatkan pengesahan perubatan adalah di bawah tanggungjawab pelanggan sepenuhnya. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, pembatalan, atau kos tambahan yang timbul daripada keadaan tersebut.

10.3
Perkhidmatan di lapangan terbang dan di hotel samada porter atau perkhidmatan lain selain apa yang dinyatakan dalam pakej.Pelanggan disarankan untuk mengambil perlindungan insuran/medical card tambahan dengan tanggungan sendiri.
10.4
Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kos rawatan, perubatan, kemasukan ke hospital, ubat-ubatan, pengangkutan perubatan, atau apa-apa perbelanjaan berkaitan yang tidak dilindungi, ditolak, atau melebihi had Perlindungan Takaful/Insurans Berkelompok yang disediakan atau dimiliki oleh pelanggan.Pihak Syarikat tidak akan menanggung sebarang kos rawatan atau perubatan yang tidak termasuk dalam perlindungan insurans/takaful perjalanan, termasuk sebarang caj tambahan, bayaran pendahuluan (deposit), atau lebihan tuntutan (excess/deductible), melainkan dipersetujui secara bertulis oleh syarikat.
10.5
Pelanggan adalah bertangggungjawab untuk membawa ahli keluarga lain untuk membantu disepanjang perjalanan dan membawa sendiri peralatan bantuan seperti kerusi roda dan ubat-ubatan sendiri. Pihak Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk menjaga anda secara peribadi atau memberikan ubat-ubatan sekiranya anda sakit. Sekiranya Pelanggan memerlukan penjagaan secara peribadi, pihak Syarikat berhak mengenakan bayaran tambahan kepada Pelanggan bagi mengupah pihak ketiga untuk menjaga.
10.6
Membuat aduan terus kepada syarikat penerbangan sekiranya berlaku kehilangan / kerosakan bagasi.Ini kerana perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa pengendalian syarikat penerbangan dan bukanya dibawah tanggungjawab pihak syarikat.
10.7
Menghadiri kelas-kelas umrah yang dianjurkan oleh pihak Syarikat samada secara bersemuka atau secara maya.
10.8
Sekiranya Pelanggan berhasrat untuk melanjutkan tempoh tinggal di Arab Saudi atau pergi ke mana-mana destinasi lain selain dari yang ditawarkan didalam pakej atas tujuan perjalanan peribadi, pelanggan hendaklah memaklumkan kepada syarikat terlebih dahulu dan mendapatkan kelulusan bertulis, tertakluk kepada syarat visa, penerbangan, serta kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.Segala kos tambahan yang timbul akibat lanjutan tempoh tinggal atau ke mana-mana destinasi lain termasuk tetapi tidak terhad kepada tambang penerbangan, penginapan, pengangkutan, makanan, caj pindaan tiket, visa, insurans/takaful perjalanan, dan lain-lain perbelanjaan berkaitan adalah di bawah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya.Sebaik sahaja tempoh pakej yang ditawarkan oleh syarikat tamat, segala urusan perjalanan, penginapan, kebajikan, keselamatan, serta pematuhan kepada undang-undang dan peraturan negara yang dilawati adalah di bawah tanggungjawab Pelanggan sepenuhnya. Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, tuntutan, kelewatan, kecederaan, kehilangan, atau apa-apa kejadian yang berlaku sepanjang tempoh lanjutan atau lawatan tersebut.
10.9
Mengikut segala arahan dan panduan yang dimaklumkan oleh pihak syarikat/wakil syarikat sepanjang tempoh pakej berlangsung samada melalui aplikasi what’s up atau medium yang berkaitan.

11.0 PEMULANGAN WANG (REFUND)

11.1
Sebarang pemulangan wang kepada pelanggan adalah tertakluk kepada terma dan syarat pakej, polisi syarikat, serta kelulusan daripada pembekal perkhidmatan yang berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada syarikat penerbangan, hotel, pengendali darat, dan pihak berkuasa yang berkenaan.
11.2
Sekiranya pelanggan layak menerima pemulangan wang, jumlah yang dipulangkan adalah selepas ditolak segala kos, caj pentadbiran, penalti pembatalan, fi pemprosesan, serta apa-apa kos lain yang telah ditanggung oleh syarikat.
11.3
Proses pemulangan wang akan dibuat kepada pelanggan melalui kaedah pembayaran yang dipersetujui dalam tempoh yang munasabah selepas semua pengesahan dan pembayaran balik daripada pembekal perkhidmatan diterima oleh syarikat. Kelewatan yang berpunca daripada pihak ketiga adalah di luar kawalan syarikat dan tidak boleh dijadikan asas untuk sebarang tuntutan terhadap syarikat.

12.0 PEMBATALAN OLEH PIHAK PELANGGAN

12.1
Bagi pakej Pelancongan Berkumpulan.
12.1.1
Sebarang pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis bagi mengelakan salah faham.Jika Syarikat menerima notis bertulis untuk membatalkan tempahan bagi pakej pelancongan berkumpulan empat puluh lima  (45) hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran sebanyak RM 30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) atau dua peratus (2%) daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) setiap seorang akan dikenakan.
12.1.2

Jika notis pembatalan diterima empat puluh empat (44) hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai (rujuk Jadual 12.1.2 (a) di bawah.

PEMBATALAN DITERIMA CAJ PEMBATALAN BAGI SETIAP SEORANG
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas
Perlucutan deposit pelancongan