PERJALANAN UMRAH
Menuju Tanah Suci, Dengan Perjalanan Yang Teratur
Setiap perjalanan mempunyai cerita. Lihat momen dan pengalaman jemaah bersama kami sepanjang perjalanan Umrah.














Jadual Perjalanan
Jadual perjalanan berikut hanyalah rujukan. Perjalanan aktiviti bergantung kepada tarikh penerbangan.

Hari 1 (KL - Jeddah)
Jemaah diminta berada di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum waktu berlepas.
Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah, jemaah akan dibawa ke hotel dan check-in di Hotel Makarem Ajyad atau hotel setaraf.

Hari 2 (Mekah)
Jemaah bebas menjalankan ibadah dan aktiviti masing-masing.
- Lelaki digalakkan hadir awal sekitar jam 10.00 pagi.
- Wanita menunaikan Solat Zohor di hotel.

Hari 3 (Mekah)
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

Hari 4 (Mekah)
Berkumpul di lobi hotel pada 7.00 pagi untuk program Ziarah Luar.
Singgah di Masjid Ja’aranah untuk jemaah yang ingin berniat ihram.

Hari 5 (Mekah)
Jemaah bebas beribadat dan melakukan aktiviti sendiri.

Hari 6 (Mekah)
Berkumpul di lobi hotel seawal 7.00 pagi.
Taklimat Akhir & Taklimat Tawaf Wada’ pada jam 9.00 malam.

Hari 7 (Mekah - Madinah)
Mengumpulkan bagasi dan melaksanakan Tawaf Wada’.
Bertolak ke Madinah dengan bas dan check-in di Hotel Al Saha atau hotel setaraf.

Hari 8 (Madinah)
Berkumpul di lobi hotel pada 7.00 pagi.
Sesi ziarah dan lawatan ke Raudhah serta Makam Rasulullah SAW dengan bimbingan Mutawwif dan Mutawwifah.

Hari 9 (Madinah)
Jemaah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Nabawi.

Hari 10 (Madinah)
Lawatan ke tempat bersejarah di Kota Madinah.
Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh (laluan sahaja).

Hari 11 (Madinah - KL)
Jemaah bebas melakukan aktiviti sendiri sementara menunggu waktu bertolak ke Lapangan Terbang Madinah.

Hari 12 (KL)
Jemaah dijangka tiba di KLIA pada jam 1.00 petang.
PILIH PERJALANAN ANDA
Bersedia Untuk Menuju Tanah Suci?
Lihat pilihan pakej Umrah kami atau terus hubungi kami untuk mendapatkan maklumat perjalanan yang sesuai untuk anda.
Kami sedia membantu perjalanan Umrah anda

