
PAKEJ SURABAYA - BROMO - MALANG
Percutian istimewa menerokai keindahan Surabaya, Bromo dan Malang, menikmati pesona alam semula jadi, panorama gunung berapi yang menakjubkan serta destinasi menarik di Jawa Timur, Indonesia.
Apa Yang Termasuk?
PAKEJ TERMASUK
Kemudahan yang disediakan
- ✈️ Tiket Kapal Terbang
- 🏨 Penginapan 1 Malam (Surabaya), 1 Malam (Bromo), 1 Malam (Malang)
- 🚌 Pengangkutan sepanjang lawatan
- 🚙 Jeep Tour to Bromo
- 🍽️ Makan & Minum
- 🎟️ Tiket Lawatan
- 👨✈️ Tour Guide & Tour Leader
- 🛡️ Insurans
- 🚐 Pengangkutan ke Airport
Semua kemudahan seperti yang disenaraikan termasuk dalam pakej.
PAKEJ TIDAK TERMASUK
Perbelanjaan tambahan
Selain Yang Dinyatakan
Sebarang perbelanjaan atau perkhidmatan lain selain daripada perkara yang dinyatakan di dalam pakej adalah tidak termasuk.
Sila hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.
Tempah Dengan Mudah
Sahkan tempahan pakej Bromo dengan mengikuti langkah pembayaran yang disediakan.
Pengesahan Tempahan
Sahkan tempahan dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM1,200 setiap seorang
Bayaran Penuh
Bayaran penuh disarankan dibuat selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh perjalanan, iaitu pada 18 May 2027. Sebarang permohonan untuk melanjutkan tempoh pembayaran boleh dipertimbangkan berdasarkan keadaan dan tertakluk kepada persetujuan pihak syarikat.
Hantar Bukti Pembayaran
Simpan bukti pembayaran dan hantarkan kepada pihak kami untuk pengesahan tempahan.
Akaun Bank
Bayaran deposit sebanyak RM1,200 setiap seorang diperlukan bagi pengesahan tempahan. Sila pastikan bukti pembayaran dihantar kepada pihak kami untuk tujuan semakan dan pengesahan.
4 Hari 3 Malam
Terokai keindahan Surabaya, Gunung Bromo dan Malang, menikmati panorama alam semula jadi serta destinasi menarik di Jawa Timur, Indonesia.
Ketibaan di Surabaya
Ketibaan di Lapangan Terbang Surabaya untuk memulakan perjalanan.
Singgah untuk melawat Masjid Al Akbar Surabaya.
Menikmati hidangan makan tengah hari.
Melawat makam Sunan Ampel sebagai salah satu destinasi ziarah.
Meneruskan perjalanan menuju kawasan Gunung Bromo.
Menikmati makan malam sebelum berehat.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Bromo.
Sunrise Gunung Bromo
Memulakan lawatan awal pagi untuk melihat matahari terbit di Gunung Bromo dengan menaiki jeep.
Meneruskan lawatan ke Bukit Teletubbies dan kawasan Pasir Berbisik.
Daftar keluar hotel sebelum meneruskan perjalanan ke Malang.
Meneruskan perjalanan menuju ke bandar Malang.
Melawat Masjid Tiban yang terkenal dengan seni bina uniknya.
Menikmati hidangan makan tengah hari.
Melawat Air Terjun Coban Rondo dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Menikmati makan malam.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Malang.
Lawatan ke Surabaya
Menikmati sarapan pagi di hotel.
Daftar keluar hotel sebelum meneruskan lawatan.
Singgah melawat ladang epal di kawasan Malang.
Meneruskan perjalanan menuju ke Surabaya.
Masa untuk singgah membeli-belah barangan kulit.
Menikmati hidangan makan tengah hari.
Melawat Muzium Kapal Selam di Surabaya.
Singgah melawat Tugu Surabaya.
Menikmati makan malam sebelum daftar masuk hotel.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Surabaya.
Kembali ke Malaysia
Menikmati sarapan pagi di hotel.
Daftar keluar hotel sebelum bertolak ke lapangan terbang.
Bertolak ke Lapangan Terbang Surabaya untuk penerbangan pulang ke Malaysia.
Terima kasih kerana memilih Salsabila Aflah Tours & Travel.
Jadual perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca dan trafik. Susunan lawatan mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

