Jelajah Sabah 3H2M
Nikmati pengalaman menarik menerokai Kota Kinabalu dan Kundasang bersama pakej lengkap 3 Hari 2 Malam.
Harga Pakej 3H2M
Harga seorang berdasarkan jumlah peserta dan jenis kenderaan yang digunakan.
| JUMLAH (PAX) | HARGA / PAX | KENDERAAN |
|---|---|---|
| 02 PAX | RM 755 | 🚙 MPV |
| 03 PAX | RM 696 | 🚙 MPV |
| 04 PAX | RM 635 | 🚙 MPV |
| 05 PAX | RM 600 | 🚐 VAN |
| 06 PAX | RM 562 | 🚐 VAN |
| 07 PAX | RM 530 | 🚐 VAN |
| 08 PAX | RM 480 | 🚐 VAN |
| 09 PAX | RM 470 | 🚐 VAN |
Perincian Pakej 3H2M
Nikmati perjalanan 3 Hari 2 Malam dengan penginapan, pengangkutan dan lawatan menarik sekitar Kundasang dan Kota Kinabalu.
Termasuk
Tidak Termasuk
Tambahan
Harga dan kemudahan adalah tertakluk kepada terma serta keadaan semasa perjalanan.
3 Hari 2 Malam
Nikmati perjalanan 3 Hari 2 Malam menerokai keindahan Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selamat Datang ke Kundasang
Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan bertemu dengan pemandu / wakil.
Singgah bergambar dan menikmati tarikan unik Rumah Terbalik.
Menikmati pemandangan sekitar Tamparuli dan bergambar di jambatan ikonik.
Singgah di Pekan Nabalu untuk menikmati suasana tempatan dan pemandangan sekitar.
Bergerak ke Pekan Kundasang sebelum meneruskan perjalanan ke penginapan.
Daftar masuk hotel atau homestay dan berehat selepas perjalanan.

Alam & Pengalaman Kundasang
Lawatan ke Desa Dairy Farm dan menikmati pemandangan kawasan ladang yang menarik.
Menikmati pengalaman fish spa di Kampung Marakau.
Singgah ke Rabbit Farm dan melihat pelbagai arnab dalam suasana ladang.
Melawat kawasan peringatan bersejarah di sekitar Kundasang.
Singgah menikmati pilihan makanan tempatan sebelum meneruskan perjalanan.
Bergerak ke Kota Kinabalu, daftar masuk penginapan dan berehat.

Kota Kinabalu & Masa Untuk Pulang
Daftar keluar hotel atau homestay sebelum meneruskan lawatan.
Masa untuk membeli-belah dan mencari cenderamata serta barangan tempatan.
Singgah untuk melihat koleksi dan pilihan barangan kemas.
Singgah membeli pelbagai pilihan coklat dan cenderamata.
Bergambar dan menikmati pemandangan sekitar mercu tanda Yayasan Sabah.
Singgah bergambar di salah satu mercu tanda terkenal Kota Kinabalu.
Menikmati pemandangan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru.
Hantar ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan perjalanan tamat.

Jadual perjalanan bergantung kepada keadaan cuaca, trafik semasa dan masa penerbangan. Susunan lawatan boleh berubah mengikut keadaan.
Tempah Dengan Mudah
Sahkan tempahan pakej Kota Kinabalu – Kundasang 3 Hari 2 Malam dengan mengikuti langkah pembayaran yang disediakan.
Buat Tempahan
Sahkan tempahan dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM200 setiap seorang.
Bayaran Penuh
Bayaran penuh hendaklah dibuat 3 minggu sebelum tarikh perjalanan.
Hantar Bukti Pembayaran
Simpan bukti pembayaran dan hantarkan kepada pihak kami untuk pengesahan tempahan.
Akaun Bank
Sila simpan bukti pembayaran dan hantarkan kepada pihak kami untuk tujuan pengesahan tempahan pakej Kota Kinabalu – Kundasang 3H2M.
Sebelum Anda Menempah
Sila baca dan fahami terma serta syarat sebelum membuat pengesahan tempahan pakej.
Deposit Tidak Dikembalikan
Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat oleh pelanggan.
Penangguhan Tarikh
Penangguhan perjalanan boleh dibuat sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh perjalanan.
Pembatalan Sebulan Sebelum
50% baki bayaran akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat sebulan sebelum tarikh perjalanan.
Insurans Perjalanan
Pelanggan dinasihatkan mengambil insurans perjalanan sendiri untuk perlindungan sepanjang perjalanan.
Perjalanan & Perlindungan
Sebarang insiden seperti kehilangan, kecederaan atau perkara lain yang berlaku sepanjang perjalanan adalah atas tanggungan sendiri. Pelanggan disarankan mengambil insurans perjalanan yang bersesuaian.
Dengan membuat tempahan, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma & syarat yang telah ditetapkan.
Isi Tempahan Anda atau Hubungi Kami
Ada Pertanyaan Tentang Perjalanan Anda?
Team kami sedia membantu anda untuk maklumat pakej, tempahan dan perjalanan.

