Upah Haji atau Badal Haji bererti mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi menunaikan ibadah haji untuk dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup. Hukum melaksanakan Upah Haji atau Badal Haji adalah Harus.
Syarat sah Upah Haji adalah seperti berikut:
- Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
- Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
- Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
- Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
- Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
- Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
- Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
- Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
- Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.
Dalam satu hadis Rasullulah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Fadl bin Abbas ra bahawa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Boleh.”
Dalam satu hadis lain juga Imam Bukhari ada meriwayatkan:
Daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu menjawab persoalan pembaca sekalian berkenaan hukum melaksanakan Upah Haji. Mari bersama bantu arwah keluarga kita melaksanakan ibadah Haji yang tertangguh. Semoga dengan usaha ini dapat membantu arwah di akhirat kelak.
Anda boleh bantu laksanakan sendiri Upah Haji untuk arwah sekiranya tuntutan Haji ke atas anda sudah terlaksana. Ataupun untuk memudahkan urusan, anda boleh menggunakan servis Badal Upah Haji yang disedikan oleh agensi-agensi berdaftar. Kami agensi Salsabila Aflah Tours & Travel juga ada menyediakan perkhidmatan ini. Kami sudah 10 tahun berpengalaman menguruskan Upah Badal Haji. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi atau Whatsapp Ustaz Ezri di talian 011-5297 5155. Ataupun anda boleh layari laman web rasmi kami di pautan berikut https://salsabilaaflah.com/upah-haji/