Pakej percutian Mersing

Mersing merupakan tempat yang dikenali sebagai destinasi pelancongan tempatan yang menarik di Johor. Pelancong dari dalam dan luar negara banyak menggunakan laluan jeti Mersing untuk menuju ke destinasi pelancongan mereka iaitu pulau-pulau yang berada di sekitar daerah ini termasuklah Pulau Tioman di Pahang. Walau bagaimanapun, tahukah anda Mersing juga mempunyai tempat yang menarik di bahagian daratannya seperti tempat makan, penginapan dan destinasi ‘eyes catching’ iaitu lokasi pemandangan yang cantik.

MAKANAN WAJIB SINGGAH DI MERSING

Kedai Makan Hentian Bendang

Bagi lokasi kedai makan, di sini terdapat banyak pilihan bagi pelancong yang ingin mencuba makanan tempatan. Kedai makan Hentian Bendang antara kedai yang menjadi pilihan para pelancong. Menu yang menjadi bualan hangat bagi kedai ini ialah mee bandung. Mee bandung di kedai ini cukup memberi tamparan yang hebat kerana keenakannya cukup mengasyikkan terutama kuahnya. Makanan yang lain juga turut disediakan seperti Shell Out dan masakan panas. Lokasi kedai ini terletak di seberang jalan menuju ke pantai air papan.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://www.maisinggah.com/pantai-mersing/

Perusahaan Keropok Haji Puteh

Selain itu, lokasi kedai makan yang menjadi tumpuan para pengujung juga ialah Perusahaan Keropok Haji Puteh. Keropok Haji Puteh ini mempunyai tiga cawangan di sekitar Mersing dan Tanjung Mersing Kanan merupakan pejabat utamanya. Lokasi ini merupakan antara lokasi utama untuk pembeli mendapatkan keropok lekor di Mersing.  Bagi setiap pelancong yang melancong ke sini, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan makanan ini kerana ia cukup terkenal di daerah Mersing.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://foursquare.com/v/perusahaan-keropok-hj-puteh/4b8cc754f964a520e6dc32e3

Nasi Dagang Mak Yah

Bagi sarapan pagi pula, gerai ini cukup terkenal kerana setiap kali jualan pasti akan habis jualannya. Gerai tersebut ialah gerai Nasi Dagang Mak Yah. Kawasan gerai ini terletak di pasar ikan Mersing bersebelahan dengan Terminal Bas Mersing. Disebabkan gerai makan ini menjadi tumpuan orang ramai, hasil jualannya juga kerap habis dalam masa yang singkat.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://www.facebook.com/nasidagangmakyahmersing

Satey Teluk Iskandar & Satey Nitar

Terakhir sekali lokasi makanan enak yang menjadi tumpuan orang ramai adalah Satey Teluk Iskandar. Sekiranya penduduk tempatan mahupun pengunjung luar mengunjungi tempat ini, mereka pasti akan merasai seperti makan di tempat yang mewah kerana dekorasinya cukup menarik perhatian. Satey disini terkenal kerana rasanya yang enak serta lembut. Satey Teluk Iskandar menjadi juadah yang paling digemari oleh masyarakat tempatan. Jika pengunjung tidak sempat merasai Satey Teluk Iskandar ini, mereka boleh ke kawasan Pasar Jumaat yang berada di Tanjung Mersing Kanan kerana di situ terdapat juga Satey Nitar yang turut dikenali dengan keenakannya yang tersendiri.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://johorfoodie.com/satey-teluk-iskandar-mersing-johor/

DESTINASI 'EYES CATCHING' WAJIB SINGGAH DI MERSING

Pulau Mawar

Lokasi menarik yang menjadi tumpuan di Mersing juga ialah kawasan geopark iaitu Pulau Mawar. Hal ini kerana, Pulau Mawar mempunyai batu batuan yang cukup menarik  dan sering menjadi tumpuan para photographer. Antara aktiviti menarik di sini adalah berkhemah dan anda berpeluang untuk menangkap gambar gugusan bintang yang cantik. Mahupun sedemikian, untuk menuju ke Pulau Mawar pengunjung perlu mengetahui pasang surut paras air laut. Jika air laut pasang pengunjung tidak dapat melewati benteng pasir yang memisahkan antara daratan dan Pulau Mawar. Jika air surut pula, pengunjung boleh melewati benteng pasir di kawasan tersebut yang mengambil masa hampir 15 minit sahaja.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://www.facebook.com/mysaangkasa

Pantai Air Papan

Tarikan yang menarik di Mersing juga ialah Pantai Air Papan. Pantai ini menjadi tumpuan pada hari cuti terutamanya cuti sekolah. Jika mahu melihat keseruan orang ramai di pantai ini maka pada hari cuti lah yang paling asyik. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi pantai, bergambar, sukaneka dan banyak lagi. Di Kampung Air Papan juga terdapat pusat penetasan penyu yang menjadi tarikan di sini. Bagi yang merasakan pantai air papan agak jauh dari bandar maka mereka boleh pergi ke pantai Bandar Mersing. Di sekitar pantai ini terdapat taman permainan kanak-kanak dan juga gerai jualan makanan. Kawasan pantai ini berdekatan dengan Hospital Mersing dan Hotel Seri Malaysia.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://www.maisinggah.com/pantai-mersing/

Mersing Bee Farm

Tahukah anda di Mersing terdapat juga pusat pemeliharaan ternakan lebah. Tempat ini dikenali sebagai Mersing Bee Farm. Lokasi Mersing Bee Farm ini terletak di Lot 5056, Batu 6, Jalan Jemaluang, Mersing Kechil. Tempat ini menjadi tumpuan bagi mereka yang mencari satu kelainan di daerah Mersing. Di sini pengunjung boleh mendapatkan madu lebah yang asli dengan harga yang ditetapkan. Jadi bagi mereka yang inginkan bubblebee ala Mersing boleh la pergi ke Mersing Bee Farm.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://mersing-bee-farm.business.site/

Hutan Lipur Gunung Arong

Bagi hikers, Hutan Lipur Gunung Arong telah menjadi satu tempat jajahan untuk mereka melakukan aktiviti mendaki. Hutan Lipur Gunung Arong terkenal bagi mereka yang telah pergi ke sini kerana di sini terdapat ‘view’ yang sangat cantik terutamanya apabila berada di puncak Gunung Arong. Di sini aktiviti yang menjadi tarikan ialah berkhemah, trekking, kajian pendidikan dan interprestasi denai. Waktu operasi adalah bermula pada hari selasa hingga ahad jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup pada hari isnin untuk penyelenggaraan. Selain Hutan Lipur Gunung Arong, terdapat juga Bukit Selantai yang sesuai untuk aktiviti mendaki yang lebih mudah. Lokasinya berdekatan dengan Pantai Air Papan.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://johor.forestry.gov.my/index.php/maklumat-perhutanan/pembangunan/2015-12-15-03-32-07/hutan-lipur/hutan-lipur-gunung-arong

Masjid Jamek Bandar Mersing

Masjid Jamek Bandar Mersing dikenali dengan lokasinya yang agak berbukit tinggi dan mempunyai ‘view’ cantik. Dari kawasan tempat tinggi ini pelawat boleh melihat beberapa gugusan pulau yang berada di sekitar Mersing. Struktur pembinaan masjid ini boleh dikatakan ‘amazing minimalist architecture and design’. Rata-rata pelawat yang datang ke sini akan mengatakan kawasan ini mempunyai pemandangan cantik kerana boleh melihat sekitar bandar Mersing serta Laut China Selatan dari kawasan tinggi.

Pakej percutian mersing

Sumber: https://www.maisinggah.com/pantai-mersing/

PENGINAPAN WAJIB SINGGAH DI MERSING

Untuk anda yang akan menginap di Mersing. Jangan risau kerana di sini terdapat banyak resort, chalet, homestay dan hotel yang anda boleh pilih. Ia hanya bergantung kepada bajet yang anda telah tetapkan. Di sini admin nyatakan tiga tempat penginapan yang mendapat ‘feedback’ terbaik dari para pengunjung yang pernah datang ke tempat ini.

Koko Kabana

Lokasi tempat menginap yang pertama ialah Koko Kabana. Koko Kabana terletak di kawasan sekitar Tanjung Resang. Tempat ini menjadi tumpuan utama bagi mereka yang sudah berkeluarga. Koko Kabana menyediakan tempat yang cukup luas dan selesa kepada para pengunjung. Di sini juga pengunjung boleh melihat keindahan pantai kerana chalet ini terletak berhadapan dengan pantai. Jadi pada waktu malam pengunjung boleh merasakan dan mendengar keseronokan bunyi ombak yang memukul pantai serta angin yang bertiup sepoi.

Pakej percutian mersing

Sumber: http://wanisufi.blogspot.com/2019/08/trip-redah-mersing.html

Sri Mersing Resort

Lokasi menginap yang kedua pula ialah Sri Mersing Resort. Tempat ini menjadi tarikan kepada pengunjung kerana lokasinya yang strategik tereletak di pintu masuk Pantai Air Papan. Selain itu, resort ini juga dilengkapi swimming pool untuk pelanggan berendam selepas puas mandi di pantai. Lokasi yang sangat hampir dengan pantai memudahkan anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke beraktiviti di laut. Resort selalunya penuh setiap minggu. Jadi, anda perlu buat tempahan lebih awal.

SRI mersing resort
Sakiza Hotel

Tempat pilihan yang terakhir ialah Sakiza Hotel. Sakiza Hotel merupakan hotel bertaraf dua bintang. Hotel ini hanya menyediakan perkhidmatan asas kepada para pelanggan tetapi servis yang diberikan sangat terbaik. Lokasi hotel ini juga cukup strategik kerana ia berdekatan dengan jeti penumpang Mersing. Bagi mereka yang ingin pergi ke pulau sekitar Mersing, hotel ini menjadi tempat yang sempurna kerana ia tidak mengambil masa yang lama jika anda lewat untuk menaiki feri. Dari segi harga, Sakiza Hotel menawarkan harga yang berpatutan mengikut perkhidmatan yang ditawarkan.

Sumber: https://www.agoda.com/sakiza-view-mersing/hotel/mersing-my.html

Tidak hairanlah jika Mersing ini dikenali oleh ramai pelancong kerana ia mempunyai tarikan dari pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dari  kepulauan Mersing sehingga ke daratan Mersing. Jom ramai-ramai kita datang melancong ke Daratan Mersing! Peringatan terakhir untuk pembaca, sebagai pelancong kita harus menjaga tatasusila dan menghormati kawasaan yang menjadi tempat persinggahan kita demi menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti pelancongan di daerah Mersing anda boleh lawati laman sesawang salsabilaaflah.com atau like facebook kami salsabila aflah – pakej percutian keluarga 

Ditulis oleh Sakinah Abdul Aziz

Baca Artikel Lain: