Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi yang menjadi pilihan pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Di sini terdapat banyak tempat-tempat menarik di mana setiap tempat memiliki daya tarikan tersendiri dari segi alam semula jadi, sejarah dan pusat membeli belah. Justeru, di sini kami ingin kongsikan 10 tempat menarik yang wajib anda pergi apabila melancong ke Pulau Langkawi. 

1. Kereta Kabel Langkawi

langkawi

Kereta Kabel Langkawi merupakan salah satu tarikan utama yang wajib dikunjungi oleh pengunjung jika datang ke Langkawi untuk bercuti. Kereta Kabel Langkawi atau dikenali juga dengan Langkawi SkyCab terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut, juga berhampiran dengan Pantai Kok. Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Langkawi.

Kereta Kabel Langkawi juga merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Ia juga merupakan kereta kabel terpanjang di dunia iaitu 2.2 km dengan tali kabel 950 meter. Tempoh masa perjalanan untuk sampai ke puncak mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Pengunjung juga dapat menikmati permandangan yang menakjubkan ketika menaiki kereta kabel Langkawi iaitu pemandangan bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau Langkawi. Selain itu, pengungjung juga berpeluang untuk melihat permandangan laut hindi, laut Andaman, dan pulau-pulau di selatan Thailand.

2. Kilim Geoforest Park

Pakej Pulau Langkawi

Kilim Geoforest Park adalah sebuah kawasan taman hutan yang berkeluasan lebih 100 km persegi. Pengunjung akan dibawa untuk meneroka  kawasan taman  hutan ini dengan menaiki bot. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai jenis khazanah alam yang terdapat di sini. Antaranya, pembentukan gua-gua, pantai dan juga kawasan paya bakau. Selain itu, kawasan ini merupakan kawasan lindungan Geopark UNESCO.T Disini, pengunjung diberi peluang untuk melihat habitat dan spesies burung helang, memasuki gua dan melihat fossil yang terdapat didalam gua-gua tersebut dan juga melawat penternakan ikan dalam sangkar.

Pengunjung boleh menyertai Kilim Mangrove Tour dengan membayar harga tiket sebanyak RM125 (dewasa) dan RM100 (kanak-kanak). Bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan boleh menyewa bot. Harga sewaan bot untuk satu jam ialah RM230 dan empat jam pula ialah RM500.

3. Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium terbesar di Malaysia. Terletak di hujung Pantai Cenang dan bersebelahan Pantai Tengah. Disini, pengunjung berpeluang melihat hidupan akuatik yang unik dan menakjubkan. Underwater World Langkawi menggunakan konsep pengetahuan, pendidikan dan hiburan. 

Terdapat 200 spesies haiwan marin dan ikan air tawar. Antara haiwan yang dapat dilihat ialah penguin, ikan jerung, penyu, singa laut dan pengunjung juga dapat melihat Ikan Araipama yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia. Bagi mereka yang mempunyai anak – anak, tempat sebegini adalah sangat sesuai bagi membantu perkembangan otak mereka.

Harga tiket masuk bagi Underwater World Langkawi ialah RM36 (dewasa) dan RM26 (kanak-kanak).

4. HIG dan RAMS

langkawi

Bagi pengungjung yang amat berminat untuk membeli-belah, boleh singgah di Kompleks HIG Duty Free Mall. HIG merupakan singkatan kepada Haji Ismail Group. HIG  merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan aktiviti mengimport dan mengeksport barangan bebas cukai ke Langkawi. Antara barangan yang boleh didapati disana pinggan mangkuk, coklat, kelengkapan dapur, kain batik, kain pelikat, dan sebagainya.

Selain daripada membeli-belah di HIG, pengunjung juga boleh pergi ke Rams Home Décor. Barangan yanag dijual disana lebih kurang sama macam yang dijual di Kompleks HIG.

5. Makam Mahsuri

langkawi

Makam Mahsuri terletak di Kota Mahsuri yang merupakan tempat dimana Mahsuri binti Pandak Maya atau dikenali sebagai Mahsuri di kebumikan selepas dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

6. Langkawi Wildlife Park

Langkawi Wildlife Park juga dikenali sebagai Taman Burung yang dibuka pada tahun 2002. Langkawi Wildlife Park merupakan hutan tropikal yang didiami oleh 2500 ekor burung exotik yang terdiri daripada 150 spesies burung yang berlainan. Selain itu, terdapat spesies haiwan yang bukan spesies burung juga disini seperti rakun, landak, buaya, dan rusa.

Antara aktiviti yang terdapt disana ialah crocodile fishing, feeding the animal dan banyak lagi. Tempat ini adalah amat sesuai bagi sesebuah keluarga bagi meluangkan masa bersama-sama.

Harga tiket masuk pula ialah RM24 (dewasa) dan RM16 (kanak-kanak) dan beroperasi setiap hari dari 8:30 pagi hingga 6:00 petang

7. Rumah Terbalik Langkawi

langkawi

Langkawi Upside Down House merupakan rumah terbalik yang terletak di dalam kontena. Semua peralatan atau elemen di dalam rumah ini berkedudukan terbalik. Keunikan rumah terbalik ini dapat menarik minat pengungjung untuk berkunjung ke Langkawi Upside Down House. Terdapat 15 kawasan untuk bergambar bagi pengunjung yang ingin bergambar. 

Harga tiket masuk ialah RM18 (dewasa) dan RM15 (kanak-kanak) dan beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.

8. Ayer Hangat Hot Spring

langkawi

Ayer Hangat Hot Spring merupakan sebuah telaga air panas tiga tingkat. Air panas di sini bukanlah air panas biasa, tapi air panas bergaram yang dikatakan satu fenomena alam yang jarang berlaku dan hanya boleh didapati di tiga buah negara lain di seluruh pelusuk dunia. Ia juga dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit sendi dan penyakit kulit. Jadi bagi mereka yang mempunyai penyakit sebegini disyorkan untuk datang ke Ayer Hangat Hot Spring. 

Beroperasi setiap hari dari 9 pagi sehingga 5 petang dan harga masuk pula RM5 (dewasa) dan percuma bagi kanak-kanak.

9. Galeria Perdana

Galeria Perdana merupakan sebuah galeri yang telah ditubuhkan untuk mempamerkan hadiah-hadiah dan anugerah yang telah diterima oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd. Ali.

Galeri yang dibuka pada tahun 1995 ini terletak di dalam kawasan perkampungan Kilim dengan keluasan 5.3 km persegi. Pengunjung juga bole menikmati keindahan landskap di luar galeri yang ditumbuhi dengan tumbuhan hijau termasuklah tumbuhan herba.

Galeri ini mempamerkan dalam sekitar 2000 daripada 9000 koleksi pada satu-satu masa yang ditukar dari masa ke masa. Jadi jika pengunjung datang pada waktu yang berbeza, pengunjung akan melihat koleksi yang lain daripada sebelumnya.

10. Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun yang terletak di Datai Bay adalah air terjun 3 tingkat yang tertinggi di Langkawi. Air terjun ini diairi oleh air sungai daripada utara Gunung Mat Cincang. Batuan yang terdapat di kawasan air terjun ini dikatakan telah berusia mencecah 500 juta tahun.

Laluan di dalam hutan rimba Gunung Mat Cincang yang disediakan sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun juga cukup mesra pengunjung, lengkap dengan beberapa buah gazebo yang boleh pengunjung singgah untuk merehatkan badan dan menghirup kesegaran oksigen yang ditawarkan.

Itu antara senarai tempat menarik di Pulau Langkawi yang dapat kami kongsikan. Sila tambah di ruangan komen jika anda rasa ada lagi tempat lain yang wajib dikunjungi di Pulau Langkawi. Selamat Bercuti.

SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL

by Nabilah Kamarudin

Baca Artikel Lain: