Cara AktifkanAplikasi NUSUKDengan Mudah
Ikuti panduan langkah demi langkah untuk mengaktifkan aplikasi NUSUK sebelum perjalanan anda ke Tanah Suci.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan aplikasi NUSUK (nusuk.sa), platform digital bersepadu Arab Saudi yang menawarkan perancangan pintu masuk yang mudah. Aplikasi ini digunakan untuk perjalanan jemaah umrah serta pelawat ke Makkah dan Madinah.
NUSUK dilancarkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan di seluruh ekosistem Visit Saudi termasuk memudahkan visa, permit, proses tempahan dan prosedur.
NUSUK adalah antara inisiatif Program Pengalaman Jemaah Wawasan 2030. Aplikasi ini perlu dimuat turun ke dalam telefon bagi membolehkan jemaah memilih tarikh dan masa yang dirancang untuk memasuki RAUDHAH. Hanya mereka yang telah memperolehi permit sahaja akan dibenarkan masuk oleh petugas masjid yang akan melakukan pemeriksaan diluar masjid. Jemaah hanya perlu menunjukan paparan PERMIT tersebut kepada petugas masjid dan kemudian barulah dibenarkan untuk memasuki RAUDHAH.
Panduan Mengaktifkan Aplikasi Nusuk
Panduan lengkap langkah demi langkah untuk memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi Nusuk sebelum berangkat ke Madinah.
Aplikasi Nusuk merupakan salah satu aplikasi penting untuk para jemaah. Antara fungsinya adalah membolehkan para jemaah membuat tempahan permit untuk memasuki Raudhah Al-Sharif di Masjid Nabawi, tertakluk kepada slot yang tersedia pada sesuatu masa.
Raudhah merupakan kawasan yang sangat istimewa di antara makam Nabi Muhammad SAW dan mimbar Baginda. Menjadi impian setiap jemaah untuk berpeluang masuk ke Raudhah apabila tiba di Madinah.
Oleh itu, para jemaah disarankan supaya mempunyai dan mengaktifkan aplikasi Nusuk terlebih dahulu sebelum berangkat ke Madinah.
Cara-Cara Download Nusuk
Buka Play Store / Apple App Store
Buka Play Store bagi pengguna Android atau Apple App Store bagi pengguna iPhone.
Cari aplikasi Nusuk
Taip perkataan “NUSUK” pada bahagian carian.
Install aplikasi
Pilih aplikasi Nusuk dan tekan Install atau Get untuk memuat turun seperti Rajah 1.1.
Selesai download
Setelah selesai dimuat turun, aplikasi Nusuk boleh dibuka untuk proses pengaktifan akaun.

Cara-Cara Mengaktifkan Nusuk
Buka aplikasi Nusuk
Buka aplikasi Nusuk yang telah di-download tadi kemudian lakukan pilihan bahasa. Tekan butang ALLOW.
Pilih bahasa
Klik pada pilihan bahasa, contohnya English, seterusnya tekan butang Confirm.
Tekan anak panah
Tekan anak panah pada bahagian bawah paparan beberapa kali sehingga keluar paparan seperti di Rajah 1.2
Tekan “Continue As Guest”
Pada paparan ini, tekan pada link Continue As Guest di bahagian bawah.


Paparan Nusuk
Akan keluar paparan seperti Rajah. 1.3
Tekan ikon yang ditandakan
Tekan pada ikon yang ditandakan dengan anak panah di atas.
Register New Account
Tekan pada bahagian Register New Account seperti Rajah 1.4 untuk memulakan proses pendaftaran akaun Nusuk.

Masukkan Maklumat Yang Diperlukan
Masukkan maklumat yang diperlukan pada ruang yang diminta. Kemudian, tekan butang Create Your Account untuk meneruskan pendaftaran akaun seperti Rajah 1.5.

- Mohon create email bagi mereka yang tidak mempunyai email.
- Sila gunakan password Aflah12345!
(Jangan menggunakan password lain bagi tujuan memudahkan pemantauan oleh pihak kami.)

Semak Email & Masukkan OTP
Sila semak email dan masukkan kod OTP yang dihantar ke email yang didaftarkan ke dalam kotak yang disediakan seperti Rajah 1.6
Paparan Akaun Nusuk
Akan keluar paparan seperti di bawah.
Klik Pada Abjad Pertama Nama
Klik pada abjad pertama nama tersebut seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.7

Active Permits
Pergi ke bahagian bawah paparan Active Permits dan klik pada bahagian tersebut seperti Rajah 1.8.

Complete Your Profile
Tekan pada butang Complete Your Profile untuk meneruskan proses melengkapkan profil seperti Rajah 1.9.


Pilih International or GCC Visitor
Klik pada bahagian bawah International or GCC Visitor seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.10.
Isikan Maklumat Yang Dikehendaki
Isikan semua maklumat yang dikehendaki pada ruangan yang disediakan.
Verify Your Account
Setelah selesai mengisi kesemuanya, tekan butang Verify Your Account untuk meneruskan proses seperti Rajah 1.11

Kemaskini Maklumat Akaun
Akan keluar paparan seperti Rajah 1.12 yang menyatakan bahawa maklumat kita telah dikemaskini. Tekan butang Continue Exploring untuk meneruskan.

Selesai
Alhamdulillah, telah selesai pengaktifan aplikasi Nusuk.Bagi tujuan permohonan permit Raudhah, pihak kami akan memaklumkan bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk membuat permohonan.












