Apa Itu Upah Haji
atau Badal Haji?
Upah Haji atau Badal Haji bererti mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi menunaikan ibadah haji untuk dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua.
Ia juga boleh dilakukan bagi seseorang yang telah meninggal dunia sedangkan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.
Syarat Sah Upah Haji
Antara syarat dan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum melaksanakan Upah Haji atau Badal Haji adalah seperti berikut:
Tidak Mampu Menunaikan Sendiri
Tidak sah badal haji bagi orang yang mampu untuk melakukannya sendiri.
Sakit atau Tidak Berdaya
Boleh dilakukan Upah Haji kepada mereka yang sakit tidak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Bukan Kerana Tidak Mempunyai Wang
Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang. Ia adalah untuk orang yang lumpuh, sakit, tidak berdaya dan tiada harapan untuk sembuh.
Telah Menunaikan Haji
Tidak harus seseorang melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
Lelaki atau Wanita
Wanita boleh mengambil badal haji untuk lelaki dan lelaki juga boleh mengambil badal haji untuk wanita.
Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Apabila seseorang meninggal dunia dan memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan menggunakan wang tersebut sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
Utamakan Waris Terdekat
Sebaiknya Badal Haji dilaksanakan oleh anak, kerabat atau saudara-mara yang terdekat. Jika dilakukan oleh orang lain, hukumnya adalah harus.
Tidak Mewakilkan Semula
Orang yang diwakilkan tidak boleh mewakilkan pula kepada orang lain kecuali perkara tersebut dimaklumkan kepada pemberi amanah dan mendapat persetujuannya.
Pilih Individu Yang Amanah
Badal Haji hendaklah diwakilkan kepada seseorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan ibadah tersebut.
Dalil Pensyariatan Badal Haji
Antara dalil yang menunjukkan keharusan menunaikan haji bagi pihak orang lain adalah berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ seperti berikut.
Rasulullah ﷺ membenarkan seseorang menunaikan haji bagi pihak orang lain dalam keadaan tertentu, sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis-hadis berikut.
Haji bagi orang yang tidak mampu
Daripada Fadl bin Abbas RA bahawa seorang wanita dari Bani Khats'am berkata:
“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?”
Rasulullah SAW menjawab: “Boleh.”
Hadis ini menunjukkan bahawa seseorang boleh menunaikan haji bagi pihak orang yang telah lanjut usia dan tidak mampu melaksanakan haji sendiri kerana keuzuran yang berterusan.
Menunaikan haji bagi pihak ibu
Daripada Ibnu Abbas RA: Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata:
“Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”
Jawab Baginda: “Ya, tunaikanlah haji untuknya.”
“Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”
Jawabnya: “Ya.”
Sabda Baginda: “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.”
Hadis ini menunjukkan bahawa kewajipan haji yang dinazarkan oleh seseorang boleh ditunaikan bagi pihaknya. Rasulullah ﷺ memberikan perumpamaan kewajipan tersebut seperti hutang yang perlu dilunaskan.
Kesimpulan
★Berdasarkan hadis-hadis tersebut, terdapat keadaan tertentu yang menunjukkan keharusan seseorang menunaikan haji bagi pihak orang lain.
Haji boleh dilakukan bagi pihak seseorang yang terlalu tua dan tidak mampu melaksanakan haji sendiri.
Haji yang telah dinazarkan oleh seseorang boleh ditunaikan bagi pihaknya berdasarkan keadaan yang disebutkan dalam hadis.
Pelaksanaan Badal Haji hendaklah dilakukan berdasarkan syarat dan ketetapan syarak.
Mudahkan Urusan Upah Haji
Anda boleh melaksanakan sendiri Upah Haji untuk arwah sekiranya tuntutan haji ke atas diri anda telah terlaksana. Namun, jika ingin memudahkan urusan, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Badal Upah Haji daripada agensi yang berpengalaman.
Perkhidmatan Badal Upah Haji
Kami di Salsabila Aflah Tours & Travel turut menyediakan perkhidmatan Badal Upah Haji bagi membantu memudahkan urusan anda dan keluarga.
Dengan pengalaman selama 10 tahun dalam menguruskan perkhidmatan Upah Badal Haji, kami berusaha membantu melancarkan urusan ibadah ini dengan sebaiknya.
Untuk urusan Badal Upah Haji, pastikan pelaksanaan dibuat mengikut syarat dan ketetapan syarak.
Ingin Daftar Badal Haji?
Tunaikan amanah ibadah Badal Haji untuk insan tersayang bersama kami dengan mudah, amanah dan teratur.
Daftar Badal Haji Sekarang →
























