Aktiviti penanaman teh di Cameron Highland sudah hampir 10 dekad lamanya semenjak tahun 1920-an. Ianya pertama kali dibuka oleh pihak British sebagai tempat istirehat pegawai dan kakitangan mereka.

Oleh kerana orang Inggeris gemar minum teh, mereka mewujudkan ladang teh di Cameron Highland yang diimport dari India. Suhu yang rendah sememangnya sangat sesuai untuk menghasilkan teh berkualiti tinggi.

J.A. Rusell seorang warga British melihat potensi penanaman teh ini boleh berkembang di Tanah Melayu. Lalu, dia dan rakannya A.B. Milne memohon satu konsesi tanah di Cameron Highland bagi tujuan untuk membuka ladang teh.

Perniagaan mereka terus berkembang sehingga hari ini dan sudah menjadi jenama teh yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Teh BOH. Kini, perniagaan ini diteruskan oleh warisnya dan teh premium BOH turut dieksport ke luar negara sepeti Jepun, Singapura dan Amerika.

Terdapat satu lagi jenama yang besar di Cameron Highland selain BOH iaitu Bharat Tea. Dua jenama ini menjadi pilihan pelancong untuk minum santai sambil menikmati pemandangan ladang teh yang hijau dan mendamaikan.

Rasai keseronokan melawat ladang teh di Cameron Highland. Boleh hubungi pihak kami untuk membuat tempahan rombongan ke Cameron Highland. Hanya serendah RM200 sahaja.

Pn Fatimah: 0122298423

Ladang Teh BOH di Cameron Highland
J.A Russell pengasas BOH

Baca Artikel Lain: