Umrah Salsabila

Salsabila Aflah Tours & Travel merupakan satu-satunya sebuah  agensi pelancongan milik melayu bumiputera yang berpengkalan di Mersing, Johor. Agensi ini sudah berpengalaman menguruskan jemaah Umrah selama hampir enam tahun. Agensi ini boleh  dikatakan berpengalaman serta tahu apa yang terbaik untuk para jemaah dalam melaksanakan ibadah umrah. Justeru, berikut merupakan lima sebab kenapa anda perlu memilih Pakej Umrah Salsabila Aflah.

1. Direct Flight

Salsabila Aflah sangat prihatin dan memahami kehendak para jemaah yang mahukan penerbangan yang terbaik ke Arab Saudi dimana penerbangan yang dipilih adalah secara terus tanpa transit.  Anda tidak perlu berada dalam penerbangan dan menunggu untuk transit sehingga berbelas jam untuk tiba ke Arab Saudi.  Perkara ini hanya akan memenatkan para jemaah. Dua syarikat penerbangan yang digunakan oleh Salsabila Aflah ialah Malaysia Airlines dan Saudi Arabian Airlines. Ada beberapa agensi umrah yang menawarkan harga pakej yang lebih murah. Tetapi, anda perlu pastikan terlebih dahulu adakah penerbangan yang digunakan adalah secara terus ataupun transit. 

2. Kursus Bimbingan Umrah Percuma

Salsabila Aflah menyediakan kursus bimbingan umrah secara percuma kepada bakal jemaah sekurang-kurangnya tiga kali sebelum berangkat. Silibus pengajaran adalah termasuk teori dan juga praktikal supaya para jemaah dapat memahami sepenuhnya dan lebih bersedia untuk menjalani ibadah umrah.  Kursus bimbingan ini terbuka kepada semua termasuklah jemaah yang mengikuti  agensi umrah yang lain juga dibenarkan untuk hadir. Antara lokasi yang digunakan untuk mengajar adalah Pejabat Urusan Salsabila Aflah di Mersing dan masjid atau surau  di sekitar Johor. Sekiranya terdapat jemaah daripada negeri lain seperti Pahang dan Negeri Sembilan, wakil agensi akan tetap turun untuk mengadakan kursus bimbingan di sana sebagai tanda keprihatinan agensi kepada para jemaah.   

3. Tiga Kali Umrah Bimbingan Diketuai Mutawif

Salsabila Aflah menyediakan mutawif yang prihatin dan berpengalaman untuk mengiringi para jemaah bermula dari Tanah Air sehinggalah pulang semula. Mutawif yang mengiringi  akan membantu dan menguruskan segala keperluan, kebajikan dan keselamatan para jemaah supaya sentiasa terjaga. Termasuklah tugasan mengetuai para jemaah untuk menjalani ibadah umrah iaitu sebanyak tiga kali umrah bimbingan. Ini yang membezakan Salsabila Aflah daripada agensi-agensi lain di mana ada agensi  yang menyediakan hanya satu kali bimbingan. Mutawif akan sentiasa berada bersama-sama para jemaah pada kebanyakan masa. Segala kemusykilan tentang ibadah umrah atau urusan lain boleh terus rujuk dengan mutawif. In shaa Allah akan dibantu sebaiknya. 

4. Tarikh Perjalanan Termasuk Dua kali Jumaat

Tarikh Perjalanan Pakej Umrah Salsabila Aflah akan dirancang sebaiknya supaya termasuk dua kali hari Jumaat. Para jemaah terutamanya muslimah akan berpeluang untuk merasai pengalaman turut serta Solat Jumaat di Mekah dan Madinah yang mana mereka tidak dapat rasa di Malaysia. Selain itu, keberkatan hari Jumaat dan Solat Jumaat di Baitullah semestinya memberi ganjaran pahala dan  rahmat yang besar daripada Allah SWT kerana Jumaat adalah penghulu segala hari serta terletaknya waktu mustajab untuk berdoa. Dinasihatkan kepada para jemaah untuk sentiasa berdoa kepada Allah sepanjang berada di sana. Mintalah kepada Allah dengan rendah hati. In shaa Allah akan dikabulkan apa jua yang terbaik untuk kita.  

5. Hotel Berdekatan Masjidil Haram & Berpeluang Menyertai Ziarah Nabawiyah

Salsabila Aflah menekankan konsep untuk tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada para jemaah dalam teknik pemasarannya.  Agensi ini akan berusaha sebaiknya untuk menyediakan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram iaitu di bawah 100 meter di mana sudah memadai untuk memudahkan para jemaah untuk bergerak. Hotel yang dipilih juga berdekatan dengan restoran dan gerai untuk para jemaah makan serta membeli keperluan. Di samping itu, para jemaah juga berpeluang ziarah ke tempat-tempat yang penuh dengan sirah Nabawiyah seperti tapak peninggalan Masjid Hudaibiyah, Perkuburan Baqi’,  Masjid Nabawi, Gua Hira’ dan banyak lagi. Para jemaah juga akan dibawa ke gerai atau kebun kurma yang terbaik untuk membeli belah. 

Kesimpulannya, Pakej Umrah Salsabila Aflah sangat menekankan kebajikan, prihatin dan memahami kehendak para jemaah umrah di bawah kelolaannya. Agensi ini tahu keperluan yang terbaik untuk para jemaah supaya  mereka dapat melaksanakan ibadah umrah dengan tenang dan tanpa ragu-ragu. Perkara yang paling penting adalah harga pakej sudah termasuk semua iaitu tiket kapal terbang, penginapan, makanan, insurans, visa, pengangkutan, bagasi percuma serta mutawif. Anda tidak perlu pening lagi kerana semuanya sudah diuruskan oleh agensi. Tiada caj tersembunyi atau perlu tambahan bayaran daripada harga yang dijanjikan. 

SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL – Profesional | Amanah | Prihatin

by Umair Zanil

Baca Artikel Lain: