Kesan daripada penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, Kementerian Luar Negeri telah menerima pengesahan secara rasmi daripada Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur berkenaan pergantungan sementara kemasukan warganegara asing bagi tujuan umrah, ziarah dan pelancongan ke Arab Saudi. Arahan ini berkuatkuasa pada 27 Februari 2020 bagi mencegah, mengawal dan menghapuskan penularan wabak.

Justeru, kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah selamat bagi menghadapai wabak ini, antaranya adalah seperti berikut:

i) Menggantung sementara kemasukan warganegara asing ke Arab Saudi bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi.

ii) Menghentikan kemasukan pengunjung-pengunjung ke Arab Saudi dengan visa pelancong dari negara-negara yang mengalami wabak COVID-19, berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tergolong dalam perenggan (ii) di atas  menurut Kedutaan Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur. Kerajaan Arab Saudi menegaskan langkah-langkah yang telah diambil adalah bersifat sementara dan tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa.

Kementerian Luar Negeri menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan umrah, ziarah dan juga pelancongan.

Justeru, pihak syarikat Salsabila Aflah Tours & Travel telah mengambil langkah menggantung sementara pakej umrah kami atas arahan Kementerian Luar Negeri. Kami memohon kemaafan atas segala kesulitan yang berlaku. Semoga Allah melindungi kita serta ahli keluarga daripada segala bahaya. Sebarang persoalan boleh hubungi pihak kami. 

SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL

Sumber:http://www.motac.gov.my/media2/siaran/penggantungan-sementara-kemasukan-jemaah-umrah,-ziarah-dan-pelancong-ke-arab-saudi

Baca Artikel Lain: