Selamat datang ke Mersing kepada semua pelancong. Mersing merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan dari luar dan dalam negara kerana keindahan pulau dan pantai yang istimewa dan menenangkan fikiran. Apabila anda jalan-jalan mesti nak cari tempat makan yang sedap. Jadi, di sini saya ingin kongsikan beberapa kedai/restoran yang anda wajib singgah apabila berkunjung ke Mersing.
O'SORE High School Meal
Restoran ini menyediakan makanan Western sebagai menu utama mereka. Terdapat juga menu masakan panas seperti nasi goreng lauk western. Restoran terletak di hadapan DIY Mersing iaitu tempat tumpuan orang membeli belah di Mersing. Restoran di buka bermula jam 4pm sehingga 12pm. Terdapat juga skrin besar terbuka yang menayangkan perlawanan bola sepak. Sangat sesuai menjadi lokasi untuk lepak santai bersama rakan-rakan sambil menikmati makan malam.
Lokasi: Hadapan DIY Mersing
Waktu Operasi: 4pm-12pm
O'sore High School Meal
Kedai Makan Hentian Bendang
Kedai makan ini menyediakan makanan tengah hari lauk-lauk pelbagai pilihan, masakan panas seperti nasi goreng, makanan thai dan paling special adalah mee bandung yang menjadi bualan orang ramai. Selain itu terdapat juga menu Shell Out sebagai menu pilhan di kedai ini. Lokasinya yang berada di tepi bendang sawah padi sememangnya memberikan pemandangan yang mendamaikan mata terutamanya ketika waktu senja matahari terbenam.
Lokasi: Jalan Air Papan, Kampung Air Papan
Waktu Operasi: 12pm-8pm
Kedai Makan Hentian Bendang
Cendol Padu
Gerai ini menjual cendol special dengan rasanya tersendiri berbanding cendol di tempat lain. Santan kelapa sawit menjadi rahsia keenakan cendol ini serta gula merah yang dimasak elok sehingga rasa hangus yang sangat menangkap rasa di lidah. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Terdapat pelbagai jenis cendol seperti campuran pulut, mangga dan durian.
Lokasi: Belakang Sekolah Menengah Mersing (Jalan Pantai)
Waktu Operasi: 11am-6pm
Cendol Padu Mersing
71 Seventy One House & Café
Kedai ini menyediakan menu dessert special seperti kek, roti boy dan air kopi pelbagai jenis. Dengan harga yang sangat berpatutan, rasa makanan yang disediakan sudah cukup untuk menandingi jenama-jenama dessert mahal di luar sana. Anda boleh menikmati makanan di kedai tersebut tetapi kerusi dan meja yang disediakan tidak banyak kerana gerainya yang kecil. Cadangan lain anda boleh bungkus dan nikmati kopi dan kek anda di tepi pantai bandar mersing lagi syok.
Lokasi: 74, Jalan Sulaiman, Mersing Kechil (Depan Eco)
Waktu Operasi: 9am-6:30pm
71 Seventy One House & Cafe
D’Menara 1 Tom Yam & Seafood
Terdapat banyak restoran seafood di Mersing, tetapi bagi admin restoran D’menara 1 adalah pilihan yang terbaik untuk menikmati makanan laut dan masakan ala Thai. Terdapat juga juadah satay yang wajib untuk anda pesan kerana rasanya yang sangat asli dan dibakar elok. Kuah kacangnya yang enak menambahkan lagi rasa special kepada juadah ini. Makanan seafood yang disediakan juga daripada ikan-ikan segar hasil tangkapan nelayan-nelayan di Laut Mersing.
Lokasi: Bersebelahan Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan
Waktu Operasi: 5pm-12pm
D'Menara 1 Tom Yam & Seafood
Satay Nitar
Restoran ini menyediakan Satay special sebagai menu utama selain daripada masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi. Tetapi bagi admin menu yang paling sedap adalah Char Kuew Teaw Kerang. Rasanya yang asli ditambah dengan udang dijamin tidak akan mengecewakan anda. Lokasi di tepi Pantai Mersing memberikan anda rasa kenyamanan deruan ombak serta angin sejuk pantai di waktu malam.
Lokasi: Â Pasar Komuniti dan Karavan PAKAR, Jalan Tanjung
Waktu Operasi: 5pm-11pm
Satay Nitar
Restoran Ucu Selera Kita
Untuk makan tengah hari, restoran ini menjadi pilihan disebabkan pilihan makanan dan lauk yang pelbagai jenis. Harga yang dikenakan juga berpatutan. Lokasi restoran berdekatan dengan tempat tumpuan pengunjung untuk membeli produk ikan seperti keropok lekor dan sata ikan.
Lokasi: Kampung Mersing Kanan
Waktu Operasi: 8am-5:30pm
Restoran Ucu Selera Kita
Lontong Darat Viral Mersing
Menu utama di gerai ini adalah Lontong Darat. Lokasi pilihan untuk anda menikmati sarapan pagi. Pilihan lauk daging, ayam dan paru sebagi lauk yang dicampur dengan lontong darat memberikan rasa berbeza dan enak ketika menikmatinya. Selain itu, terdapat juga pilihan menu sarapan lain seperti nasi lemak dan mee goreng. Nasihat untuk anda supaya berkunjung lebih awal ke gerai kerana menu utama lontong darat selalunya cepat habis.
Lokasi: Kampung Sri Pantai
Waktu Operasi: 7am – 11am
Lontong Darat Viral Mersing
Terdapat banyak lagi lokasi tempat makan yang sedap di Mersing. Untuk sekarang, admin kongsikan beberapa sahaja dahulu. Masa akan datang, Admin akan kongsikan lagi restoran/kedai makan yang lain. Untuk cari lokasi setiap kedai makan yang dikongsikan, anda hanya perlu buat carian di google.
Terima Kasih.
Disediakan oleh:
Umair Zanil