Kalau tanya orang di sekeliling kita kebanyakannya suka melancong. Siapa tidak suka melancong. Boleh naik kapal terbang, jalan-jalan lihat negara orang, dan belajar budaya serta bahasa yang berbeza daripada negara sendiri. Sememangnya, memberikan pengalaman yang luar biasa dan bermakna kepada kaki travel. Tetapi, boleh dikatakan melancong bukanlah satu aktiviti yang murah kalau ingin dijadikan hobi dan juga perlukan ilmu yang secukupnya sebagai persediaan supaya tidak menghadapi masalah. Di sini kami ingin kongsikan tujuh tips melancong yang anda perlu tahu sebagai persediaan rapi.  

1. Mengurus Bajet Perbelanjaan

Mengurus perbelanjaan adalah perkara utama dan sangat penting bagi mereka yang ingin pergi melancong, tidak kiralah sama ada di dalam negara atau di luar negara. Wang atau duit adalah sebab utama pelancong-pelancong ingin melancong ke serata tempat yang menarik di dunia, akan tetapi masalah berkaitan dengan wang sering berlaku bagi mereka yang tidak dapat menguruskan perbelanjaan ketika melancong dengan baik, masalahnya seperti jumlah perbelanjaan melebihi daripada jumlah wang yang dibawa.

Untuk mengelakkan hal sebegini terjadi, anda perlu merancang terlebih dahulu  kos perbelanjaan atau bajet yang ingin anda keluarkan ketika melancong. Selain itu, anda juga perlulah mengurus bajet dengan teliti. Mencatat barang- barang yang anda ingin beli ketika melancong supaya tidak membeli barang yang tidak berfaedah dan tidak berlakunya pembaziran di situ.

2. Membawa Pakaian yang Diperlukan Sahaja

Bagi mengelakkan anda membawa terlampau banyak bagasi ketika melancong, anda digalakan untuk membawa pakaian yang diperlukan sahaja, ketika melancong sudah tentu anda tidak mahu untuk membawa dan mengangkat beg atau bagasi yang banyak banyak dan berat.

Jadi anda boleh membawa pakaian yang diperlukan dan bersesuaian dengan aktiviti yang akan anda lakukan semasa melancong. Untuk lebih mudah, anda boleh membawa backpacker bag yang lebih mudah digalas dan dibawa ke mana sahaja, jadi anda tidak perlu untuk mengangkat bagasi ketika melancong.

3. Download Aplikasi yang Memudahkan Perjalanan

Travel solo ataupun percutian backpackers merupakan satu trend yang amat popular pada masa kini. Jadi bagi mereka yang suka untuk bercuti secara solo mahupun berkumpulan perjalanan yang lancar tanpa sebarang masalah sangat diingini.

Jadi untuk memudahkan perjalanan anda ketika melancong sama ada ke luar negara atau di dalam negara, anda boleh memuat turun beberapa aplikasi yang dapat membantu anda ketika bercuti.

Antara aplikasi yang boleh diguna pakai semasa melancong ialah Google Maps dan Waze , di mana ia dapat membantu anda mencari lokasi tempat yang ingini dituju. Selain itu, anda juga boleh menggunakan TripAdvisor bagi mengetahui tahap kepuasan sesuatu tempat pelancongan. Seterusnya, anda boleh menggunakan Google Translate atau Duoligo untuk membantu anda bercakap dengan orang tempatan semasa bercuti di luar negara.

4. Mengambil Gambar Pemandangan

Mengambil gambar merupakan perkara yang amat digemari oleh para pelancong semasa melancong sama ada mengambil gambar secara selfie atau secara berkumpulan. Jadi untuk tips keempat ini, anda disarankan untuk mengambil gambar pemandangan dahulu, tidak salah untuk mengambil gambar diri anda tetapi lebih baik mengambil gambar permandangan atau monumen destinasi pelancongan terlebih dahulu. Merupakan satu kerugian jika anda terlepas untuk mengambil gambar permandangan tersebut.

5. Simpan Dokumen Penting Dalam Satu Fail

Dokumen seperti passport, visa, tiket perlulah di masukan ke dalam satu tempat seperti fail atau di dalam beg supaya mudah untuk dibawa dan dicari. Hal ini adalah untuk mengelakkan tidak berlakunya kes seperti kehilangan passport dan anda juga lebih senang untuk mencari dokumen tersebut. Ia juga dapat mengelakkan anda daripada menjadi kelam-kabut terutamanya di lapangan terbang. 

6. Beli Tiket Flight Pada Waktu Yang Tepat

Sebelum pergi melancong, sudah semestinya anda akan membeli tiket kapal terbang terlebih dahulu. Anda juga perlu bijak semasa membeli tiket kapal terbang kerana anda mungkin akan mendapat harga yang lagi murah pada waktu tertentu jika anda bernasib baik seperti waktu tengah malam.  Boleh cuba sendiri tips ni!

7. Berkongsi Bilik

Melancong dengan rakan-rakan dan bersama keluarga lebih seronok  jika dibandingkan apabila bercuti secara bersendirian, jadi untuk tips yang terakhir ialah berkongsi bilik. Apabila anda pergi melancong, sudah semestinya anda ingin berjimat-cermat dari segi perbelanjaan, jadi dengan berkongsi bilik bersama rakan boleh menjimatkan sedikit pengeluaran wang. Begitu juga jika anda melancong bersama keluarga.

Kesimpulannya, berikut merupakan petua-petua melancong yang dapat kami kongsikan kepada pembaca. Mungkin ada tips yang sebenarnya boleh difikirkan dengan logik akal seperti berkongsi bilik tetapi kekadang kita terlepas pandang. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat dan dapat di praktikkan apabila anda melancong nanti. Selamat Bercuti. 

SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL 

by Umair Zanil & Nabilah Kamarudin

Baca Artikel Lain: