PENGUMUMAN SEMASA PENUTUPAN SEMENTARA VISA KE ARAB SAUDI

Berkenaan penutupan visa secara sementara yang dikuatkuasakan Arab Saudi serta merta bermula 26 Feb 2020. Ingin dimaklumkan bahawa Salsabila Aflah Tours & Travel Sdn Bhd menunggu pengumuman semasa dari kerajaan Saudi berkenaan penangguhan sementara itu.

Bagi tarikh penerbangan 11 Mac dan seterusnya, syarikat perlu menunggu sistem visa dibuka semula. Ingin dijelaskan disini visa umrah hanya boleh dikeluarkan seawal seminggu sebelum penerbangan kerana tempoh sah kemasukan hendaklah dalam 15hari sahaja. Visa tidak sah digunakan jika dikeluarkan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.

Penutupan visa umrah ini adalah sementara dan sama sama kita berdoa agar langkah Kerajaan Arab Saudi membina dan mengambil langkah sewajarnya berjaya. Seterusnya, mereka dapat membendung wabak COVID-19 bagi keselamatan semua jemaah.

SALSABILA AFLAH TOURS & TRAVEL

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-saudi-gantung-kemasukan-jemaah-umrah-231861

Kenyataan Akhbar Kementerian Luar Negeri Malaysia: https://wp.me/abol7t-1Gc

Baca Artikel Lain: